image descriprion
image descriprion

Turkish Airlines

Umrah Ziarah Istanbul

22 NOV - 04 DEC 2018

13H 11M

from RM 9,790
RM 9,990
  • Airlines
    Turkish Airlines
  • Activity Level
    Elderly-Friendly
  • Group Size
    Less than 40
  1. Day 1 Kuala Lumpur - Istanbul

    • Para jemaah dinasihatkan supaya berada di KLIA sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas. Pesawat akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul. 

  2. Day 2 Istanbul

    • Setibanya di Istanbul, para jemaah akan dibawa melawat ke Roman Hippodrome, Topkapi Palace dan Blue Mosque iaitu sebuah masjid yang menjadi mercu tanda di Istanbul.
    • Selepas lawatan, jemaah berpeluang membeli-belah di Spice Market dan seterusnya dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

  3. Day 3 Istanbul

    • Selepas sarapan pagi, jemaah berpeluang untuk menjejakkan kaki di Masjid Sulaimen dan Masjid Ayub Al-Ansar dimana beliau merupakan sahabat nabi serta tentera yang menyahut seruan nabi berkaitan penaklukan kota Constantinople.
    • Akhir sekali membeli belah di Grand Covered Baazar iaitu Bazzar tertutup yang terkenal di Istanbul di mana terdapat 4000 buah kedai .
    • Pulang ke hotel dan berehat. (*lawatan tambahan : Bosphorus Cruise)

  4. Day 4 Istanbul - Madinah

    • Selepas sarapan pagi, aturcara bebas. Jemaah akan dibawa makan tengah hari sementara menunggu penerbangan ke Madinah.
    • Setibanya di Madinah daftar masuk hotel dan berehat. Para jemaah boleh menziarahi Makam Rasulullah SAW di dalam Masjid Nabawi dan perkuburan Baqi’.

  5. Day 5 Madinah

    • Pada hari ini, para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba iaitu sebuah masjid yang didirikan diatas dasar taqwa, Nabi pernah bersabda” barang siapa yang berwudhuk di kediaman kemudian ia berkunjung ke masjid Quba lalu ia bersolat maka dapatlah ia pahala sepertimana ia menunaikan Umrah, Bukit Uhud iaitu tempat berlakunya peperangan Uhud yang sunguh dahsyat sehingga mengorbankan 70 para sahabat termasuk bapa saudara nabi saidina Hamzah, Masjid Qiblatain, Masjid khomsah dan akhirnya ke Ladang Tamar.

  6. Day 6 Madinah - Makkah

    • Selapas sarapan pagi jemaah di nasihatkan menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W untuk Ziarah Wida’. Kembali ke hotel untuk bersiap sedia bertolak ke Makkah. Jemaah hendaklah memakai pakaian Ihram dan diwajibkan berniat Umrah di Bir Ali. Tiba di Makkah, jemaah akan dibawa oleh mutawif kami untuk menyelesaikan kerja-kerja Umrah.

  7. Day 7 Makkah

    • Aturcara bebas. Jemaah bebas untuk menunaikan ibadah Umrah dan melakukan pelbagai ibadah sunat di dalam Masjidil Haram.

  8. Day 8 Makkah

    •  Pada hari ini, Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Gua Thur, gua yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah ke Madinah, Padang Arafah tempat wukuf bagi jemaah haji. Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Siti Hawa, Muzdalifah tempat jemaah haji mengutip anak batu , Mina tempat bermalam bagi jemaah haji, Jabal Nur sebuah bukit yang diatasnya terdapat Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama didunia iaitu surah Al Alaq dan akhirnya terus ke Ja’aranah untuk berniat Umrah.
    • Aturcara bebas.

  9. Day 9 Makkah

    • Aturcara bebas, jemaah bebas untuk menunaikan ibadah Umrah dan melakukan pelbagai ibadah sunat di dalam Masjidil Haram.

  10. Day 10 Makkah

    • Pada hari ini jemaah akan dibawa ke tempat Miqat Umrah di Hudaibiah untuk berniat Ihram Umrah bagi yang ingin mengerjakan Umrah. Aturcara bebas.

  11. Day 11 Makkah

    • Aturcara bebas, jemaah bebas untuk menunaikan ibadah Umrah dan melakukan pelbagai ibadah sunat di dalam Masjidil Haram.

  12. Day 12 Makkah - Jeddah - Istanbul

    • Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Makkah. Jemaah diwajibkan mengerjakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Seterusnya bertolak ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Istanbul .

  13. Day 13 Istanbul - Kuala Lumpur

    • InsyaAllah jemaah selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selesailah ibadat Umrah tuan/puan bersama POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD. Semoga para jemaah sekalian mendapat umrah yang mabrur. AMIN

Flight Itinerary
Day Type Flight Code Time From To Fleet Seat Setting
Day 1 Pergi TK 61 2355-0620+1 KUL IST Airbus A330-300 2-4-2
Day 4 Pergi TK 108 1335-1655 IST MED Airbus A330-300 2-4-2
Day 12 Balik TK 93 1800-2200 JED IST Airbus A330-300 2-4-2
Day 13 Balik TK 60 0155-1720 IST KUL Airbus A330-300 2-4-2
Note

Terma   Turkish Airlines (TK) 
Berat Maksima Bagasi 30kg / Seorang
Berat Maksima Hand-Carry 7kg / Seorang
Bilangan Maksima Bagasi 2

 

  1. Semua penerbangan domestik antarabangsa tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penerbangan tempatan dan lapangan terbang tersebut.
  2. Tidak dibenarkan membawa bersama hand-carry sebarang bentuk cecair, kecuali tidak melebihi 100ml/unit dan perlu diletakkan didalam bekas plastik lutsinar (maksimum 10 unit setiap bekas) kecuali makanan bayi. Contoh cecair adalah minyak wangi, losyen, shampu, air minuman dan lain-lain.
  3. Barangan elektronik seperti powerbanklaptoptablet dan vape hendaklah dibawa sebagai hand-carry kerana syarikat penerbangan tidak membenarkan barangan tersebut diletakkan kedalam bagasi check in.
  4. Kebanyakan lapangan terbang diluar negara memerlukan syiling tempatan untuk penggunaan trolley. Sila pastikan anda mempunyai syiling tempatan yang secukupnya untuk kegunaan ini.
  5. Perkara diatas adalah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penerbangan dan lapangan terbang.
  6. Semua syarikat penerbangan, telah melarang pembawaan hoverboard / Segway ke dalam kapal terbang. Ini adalah kerana ia diklasifikasikan sebagai “Barangan Larangan”. Larangan ini juga telah disyorkan kepada semua operator yang lain oleh International Air Transport Association (IATA) untuk memastikan keselamatan pengguna lain

TURKISH AIRLINES (TK)
image description

  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 8 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport setelah tempahan disahkan.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Whats included in this tour Items that are covered in the cost of tour price.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Istanbul -
    Madinah / Jeddah - Istanbul - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 / 4 bintang
    Madinah      Elaf Taiba @ setaraf (+- 80 meter)
    Makkah       :Saraya Iman @ setaraf (+- 280 meter)
    Makkah HB : 'UPGRADE' Movenpick Hajar Tower @ setaraf (+- 50 meter)
    Makkah FB  : 'UPGRADE' Movenpick Hajar Tower @ setaraf (+- 50 meter)
    Istanbul       : Vialand Palace @ setaraf
  • Lawatan seperti didalam aturcara
  • Makan 3x sehari bagi Pakej Biasa & Upgrade Hotel Makkah - FB
  • Sarapan pagi di Makkah bagi Pakej Upgrade Hotel Makkah - HB
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
  • Pengurusan Visa Umrah
  • Insurans takaful berkelompok
Whats not included in this tour Items that are not covered in the cost of tour price.
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Makan tengahari & makan malam di Makkah - Pakej Makkah HB
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi. - Peserta amat digalakkan untuk
    mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer
    Service’ untuk maklumat lanjut.
  Price  
Hotel Quad Triple Double Child  
Saraya Iman (+-280 Meter)
`Early Bird Promo`
RM 9,790
RM 9,990
RM 10,190
RM 10,390
RM 10,690
RM 10,990
Discount RM300 daripada harga dewasa
`UPGRADE` Movenpick Hajar (+-50 Meter)
`Early Bird Promo`
HALFBOARD
RM 11,190
RM 11,490
RM 11,970
RM 12,350
RM 12,980
RM 13,390
Discount RM300 daripada harga dewasa
`UPGRADE` Movenpick Hajar (+-50 Meter)
`Early Bird Promo`
FULLBOARD
RM 12,990
RM 13,885
RM 13,390
RM 13,890
RM 14,290
RM 14,870
Discount RM300 daripada harga dewasa