image descriprion

12H 10M BALKAN 2.0

from RM 9,595

  • Popularity
  • Meals
    All In Fullboard
  • Activity Level
    Elderly-Friendly
  • Group Size
    Less than 30

Pakej lanjutan kepada Balkan sedia ada ini direka khas bagi mereka yang ingin meneroka negara-negara lain dalam rantau Balkan. Kali ini, ia merangkumi negara Kosovo, Macedonia, Bulgaria, Romania dan dipanjangkan ke Turki. Seperti diketahui umum, rantau ini menampilkan pemandangan yang cukup indah di sepanjang perjalanan yang merangkumi keindahan alam semulajadi dan juga seni bina, selain daripada tarikan sejarah yang hebat.

 

Kenapa perlu mengikuti pakej ini?

 

  1. Pengembara yang gemarkan sedikit kelainan dan berhasrat untuk meluangkan lebih banyak masa menerokai benua Balkan pasti akan teruja dengan pakej yang disusun khas dengan penggunaan hotel bertaraf 4 bintang ini.

 

  1. Lebih menarik lagi, pakej ini ditawarkan dalam bentuk ‘fullboard’, di mana selain sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam turut dimasukkan dalam pakej.

 

  1. Sebagai lanjutan pakej bagi mereka yang telah mengikuti pakej Balkan sedia ada. Pakej ini akan melengkapi kembara bumi Balkan anda.

 

  1. Jejakkan kaki ke bumi Kosovo, negara republik yang baru diiktiraf kemerdekaannya daripada jajahan Serbia pada tahun 2008. Lawati ibu negaranya iaitu Pristina dan lihat bagaimana pemerintahan Zaman Ottoman dari abad ke 15 hingga 20 memberikan kesan ke atas senibinanya seperti Masjid Fatih.

 

  1. Lalui negara Macedonia dalam perjalanan ke Bulgaria, dengan lawatan ke Skopje, ibu negaranya yang turut pernah berada di bawah pemerintahan Ottoman. Peluang melawat ke Old Railway Station yang pernah menjadi stesen kereta api tercantik di Balkan namun ia musnah akibat gempa bumi pada tahun 1963.

 

  1. Lawatan ke Bulgaria pasti memberikan ketenangan dengan pemandangan indah pergunungan dan sungai. Teroka ibu negaranya iaitu Sofia, yang terletak di kaki Gunung Vitosha dengan sejarah bangunan tertua di Sofia, St. George Rotunda. Selain itu, jejaki sejarah pemerintahan Empayar Bulgaria Kedua iaitu Tsar di Veliko Tarnovo dan juga hayati keindahan perairan Black Sea di Varna dengan peluang bergambar di Golden Sand Beach.

 

  1. Bucharest, tidak perlu diperkenalkan lagi bagi penggemar seni binaan bercirikan neo-classical, Bauhaus, art deco & moden. Pelajari kehidupan tradisional perkampungan Romania di National Village Museum serta ikuti sejarah dan mitos drakula di Transylvania.

 

  1. Lawatan dipanjangkan sehingga ke Turki bagi memberikan lebih pengalaman kepada pelanggan. Bermalam di Kirklareli yang terletak di bahagian Eropah serta di Istanbul yang sangat terkenal sebagai destinasi indah 2 benua dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong ini wajar dijadikan destinasi terakhir bagi memberikan peluang membeli-belah di Grand Bazaar selain mengunjungi tarikan istimewa di sana seperti Blue Mosque & Hagia Sophia.

 

  1. Musim luruh di rantau Balkan pasti menjanjikan keindahan yang tersendiri dimana warna-warni daunan yang luruh pasti menaikkan seri dalam tiap rakaman gambar anda. Bayangkan daunan mula bertukar warna kekuningan dan kemerahan melitupi lantai bumi selain cuaca yang nyaman, pasti satu pengalaman yang mengujakan.

 

Kenapa perlu mengikuti POTO Travel?

 

  1. POTO Travel merupakan perintis pakej ke rantau Balkan ini. Kami telah mengadakan lawatan tinjauan sebelum mengeluarkan pakej ini bagi memastikan aturcara diolah rapi dan mampu memberikan kepuasan kepada setiap peserta yang mendaftar.

 

  1. Sebagai perintis, kami mempunyai lebih pengalaman dalam mengendalikan kumpulan ke sana dan telah membawa ribuan pelancong ke negara-negara ini. Meneroka negara-negara di Balkan ini agak berbeza dengan negara Eropah yang lain. Laluan perjalanan, pilihan tempat lawatan, restoran yang bersesuaian dan banyak lagi aspek yang perlu di ambil kira agar ia bersesuaian dengan kehendak orang kita. Pengalaman yang dimiliki oleh POTO Travel memastikan kesemua aspek di atas telah diteliti.

 

  1. Pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi sebarang krisis seperti kesakitan, kecederaan dan sebagainya amat diperlukan dan pengalaman ini dimiliki oleh POTO Travel di mana kami telah menubuhkan satu pasukan khas dalam menangani krisis sebegini.

 

  1. Wakil kami di rantau Balkan turut mempunyai puluhan tahun pengalaman dalam mengendalikan kumpulan pelancong, terutamanya pelancong Muslim kerana mereka juga adalah Muslim.

 

  1. Perkhidmatan Tour Escort di sepanjang perjalanan pasti menjanjikan keselesaan dan kelancaran program selain daripada pengalaman Tour Escort tersebut dalam mengendalikan kumpulan pelancong.

 

  1. Isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan POTO Travel. Oleh yang demikian, kami memiilih bas dengan kualiti yang terbaik dan juga pemandu bas yang terpilih agar perjalanan peserta sentiasa selamat dan berjalan lancar.

 

  1. Selain itu, perkhidmatan Tour Leader yang professional, berdedikasi dan diiktiraf dari POTO Travel sejak dari bermulanya perjalanan sehinggalah tamat, pasti memberikan kemudahan kepada peserta selain memastikan kelancaran perjalanan.

 

  1. Pemilihan hotel dan restoran dilakukan secara rapi bagi memastikan peserta mendapat jaminan keselesaan dan kualiti di sepanjang perjalanan. Perjalanan yang agak jauh mungkin sedikit meletihkan, maka pemilihan hotel yang bertepatan dan selesa amat dititikberatkan oleh POTO Travel agar peserta mendapat rehat sebaiknya, dan seterusnya menjadikan ia percutian yang benar-benar bermakna.

 

  1. POTO Travel sentiasa menjaga waktu solat agar perjalanan semua peserta sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-Nya, In Sha Allah.

 

  1. Tiada harga terselindung. Peserta hanya perlu membayar seperti apa yang dinyatakan semasa membuat tempahan sahaja tanpa ada bayaran tambahan.
Whats included in this tour Items that are covered in the cost of tour price.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Istanbul - Pristina / Istanbul - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan hotel bertaraf 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
Whats not included in this tour Items that are not covered in the cost of tour price.
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
  1. Day 1 Kuala Lumpur - Istanbul

    • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Istanbul

  2. Day 2 Istanbul - Pristina (MT/MM)

    • Transit di Istanbul
    • Meneruskan penerbangan ke Pristina, ibu negara & bandar terbesar di Kosovo
    • Tiba di Pristina : melihat Mother Teresa Boulevard, Monument of Scanderbeg, Clock Tower, Kosovo Government Buildings, Fatih Mosque & Carshia Mosque
    • Makan tengahari
    • Daftar masuk hotel
    • Makan malam, bermalam di Pristina

  3. Day 3 Pristina - Skopje - Sofia (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Skopje, ibu kota Macedonia
    • Melawat Old Railway Station, Alexander The Great Square dan melihat birth house of Mother Theresa
    • Makan tengahari
    • Melawat Daut Pasha Hamam, Mustafa Pasha Mosque
    • Berpeluang membeli-belah di Old Bazaar Skopje
    • Meneruskan perjalanan ke Sofia
    • Makan malam
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Sofia

  4. Day 4 Sofia (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat bandar Sofia, antara bandar yang tertua di Eropah
    • Melawat St. George Rotunda, Vitosha Boulevard, Serdica Ampithetre serta Banya Bashi Mosque
    • Makan tengahari
    • Aktiviti bebas untuk membeli-belah
    • Makan malam, bermalam di Sofia

  5. Day 5 Sofia - Veliko Tarnovo - Bucharest (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Bucharest, ibu kota Romania
    • Singgah di Veliko Tarnovo atau juga dikenali sebagai "The City of Tsars" untuk melawat Tsaverets Fortress yang dibina pada abad ke-12
    • Melawat Samovodene Artisans Street dan rasai pengalaman seolah-olah berada pada abad ke-12
    • Makan tengahari
    • Menyambung perjalanan ke Bucharest
    • Tiba di Bucharest, makan malam
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Bucharest

  6. Day 6 Bucharest (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat Bucharest Mosque
    • Melawat Village Museum, merupakan salah satu muzium terbuka (open-air museum) yang terbesar dan mengagumkan di Eropah yang menayangkan cara hidup traditional penduduk Romania
    • Makan tengahari
    • Melihat bangunan pentadbiran yang paling mahal di dunia, Palace of Parliament dari Constitution Square
    • Melawat Revolution Square, titik pengakhiran era komunis pada Disember 1989
    • Bersiar-siar di sekitar Historical Center untuk melihat University Square, Romana Square, Victory Square, Arch of Triumph, House of The Free press dan Romanian Atheneum.
    • Makan malam
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Bucharest

  7. Day 7 Bucharest (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat Peles Castle, bekas kediaman diraja Romania
    • Melihat Sinaia Monastery
    • Makan tengahari
    • Melawat sekitar bandar Brasov
    • Makan malam, bermalam di Bucharest

  8. Day 8 Bucharest - Varna (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Varna, Bulgaria
    • Melawat Cathedral of Assumption, Stone Forest, Aziziye Mosque dan Sea Garden.
    • Melawat Roman Baths yang terbesar di rantau Balkan
    • Makan tengahari
    • Berhenti bergambar di Golden Sands Beach
    • Aktiviti bebas untuk membeli-belah 
    • Makan malam
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Varna

  9. Day 9 Varna - Kirklareli - Edirne (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Kirklareli
    • Makan tengahari
    • Melawat Sokollu Mehmet Pasha Mosque
    • Sambung perjalanan ke Edirne
    • Makan malam dan daftar masuk hotel
    • Bermalam di Edirne

  10. Day 10 Edirne - Gallipoli - Canakkale (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Gallipoli, yang terkenal dengan perang Gallipoli antara British, French serta kesatuan ANZAC untuk merebut  laluan perdagangan utama semasa Perang Dunia Pertama
    • Melalui ANZAC Cove, Lone Pine Australian Memorial serta terowong perang Johnston Jolly
    • Makan tengahari
    • Bertolak ke Canakkale
    • Melawat Trojan Ruins untuk mendekati sejarah bandar Troy
    • Makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Canakkale

  11. Day 11 Canakkale - Istanbul (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Bertolak ke Istanbul
    • Makan tengahari
    • Aktiviti bebas sehingga makan malam
    • Pilihan lawatan tambahan :
      • Melawat Camlica Hill di bahagian Asia Turki
      • Membeli belah di Grand Bazaar
      • Bosphorus Cruise USD 60
    • Makan malam
    • Dihantar ke lapangan terbang Istanbul untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur

  12. Day 12 Istanbul - Kuala Lumpur

    • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
    • Selamat tiba di Kuala Lumpur

Flight Itinerary
Day Type Flight Code Time From To Fleet Seat Setting
1 Pergi TK 61 2315 - 0515+1 Kuala Lumpur Istanbul Airbus A330 - 300 2-4-2
2 Pergi TK 1017 0750 - 0830 Istanbul Pristina Boeing 737 - 800 3-3
12 Balik TK 60 0120 - 1655 Istanbul Kuala Lumpur Airbus A330 - 300 2-4-2
Note

Elaun Bagasi :
30kg setiap seorang

PELUANG UPGRADE BUSINESS CLASS DENGAN TAMBAHAN SERENDAH RM4,400 BAGI KESELURUHAN PERJALANAN !
*Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
*Sah sehingga 31 Oktober 2018 sahaja
*Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk

image description

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya katil tambahan disediakan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Dates & Price

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Dates Single Adult Adult Single Senior Citizen Senior Citizen Child Twin Child With Bed Child No Bed    
#poto15years
11 Oktober 2018
10,394
11,288
9,595
10,489
10,298
11,168
9,499
10,369
9,144
9,988
7,554
8,448
6,599
7,493