image descriprion
image descriprion
image descriprion

14H 11M USA WEST COAST & HAWAII

from RM 26,688

  • Popularity
  • Meals
    All In Halfboard
  • Activity Level
    Elderly-Friendly
  • Group Size
    Less than 30

FLEXI 4 - Diskaun tambahan RM700 bagi setiap tempahan minimum 4 orang!

Whats included in this tour Items that are covered in the cost of tour price.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Hong Kong - Los Angeles / San Francisco - Hong Kong - Kuala Lumpur
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Las Vegas - Honolulu - San Francisco
  • Cukai lapangan terbang
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 & 4 bintang beserta sarapan.
  • Visa memasuki United States
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
Whats not included in this tour Items that are not covered in the cost of tour price.
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
  1. Day 1 Kuala Lumpur - Hong Kong - Los Angeles - Anaheim

    • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Los Angeles
    • Transit di Hong Kong
    • Meneruskan penerbangan ke Los Angeles
    • Tiba di Los Angeles, atau lebih terkenal dengan jolokan L.A., iaitu pusat industri hiburan terkenal dunia yang terletak di California
    • Bertolak ke Anaheim
    • Daftar masuk hotel, bermalam di Anaheim

  2. Day 2 Anaheim - Los Angeles - Anaheim (SP/MT)

    • Sarapan pagi
    • Melawat sekitar bandar Los Angeles: melalui Chinatown dan melawat ke Hollywood Walk of Fame, yang menempatkan lebih 2,600 monumen berbentuk bintang yang menampilkan bintang-bintang terkemuka dunia yang terletak di sepanjang kaki lima Hollywood Boulevard, iaitu salah satu jalan utama di Los Angeles
    • Membeli cenderamata di Olvera Street, sebuah daerah bersejarah di Los Angeles sejak 1781
    • Makan tengahari
    • Membeli-belah di Citadel Outlet, satu-satunya retail outlet center di Los Angeles yang menggabungkan 130 jenama di bawah satu bumbung dengan tawaran diskaun sehingga 70%
    • Kembali ke hotel, bermalam di Anaheim

  3. Day 3 Anaheim - Unviersal City - Anaheim (SP)

    • Sarapan pagi
    • Bersuka-ria sepanjang hari di Universal Studios Hollywood (USH), sebuah taman tema yang turut menampilkan studio filem terkemuka Hollywood. Antara tarikan menarik:
      • Studio Tour yang akan membawa anda ke lokasi penggambaran filem-filem terkenal Hollywood, termasuklah pengalaman di Fast & Furious - Supercharged
      • The Wizarding World of Harry Potter akan membawa anda ke dunia penuh magis & penuh misteri
      • Bersemuka dengan King Kong, di King Kong 360 3D yang merupakan tarikan 3D terbesar & terhebat di dunia
      • Tonton persembahan nombor 1 di USH, iaitu WaterWorld yang penuh mendebarkan & penuh aksi lasak
    • Kembali ke hotel, bermalam di Anaheim

  4. Day 4 Anaheim (SP)

    • Sarapan pagi
    • Aktiviti bebas sepanjang hari. Antara pilihan lawatan tambahan:
      • Disneyland California - Salah satu koleksi taman tema terkenal dunia yang beroperasi sejak 1955 & satu-satunya taman tema yang direka & dibina dibawah seliaan Walt Disney. Tiket masuk sahaja USD117 - USD135* seorang (10 tahun ke atas)
      • Disney California Adventure Park - Taman tema yang terletak bersebelahan dengan Disneyland yang turut sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Tiket masuk sahaja USD117 - USD135* seorang (10 tahun ke atas)
      • 1 day Park Hopper (Disneyland & Adventure Park) - Tiket masuk sahaja USD167 - USD185* seorang (10 tahun ke atas)
      • *Harga tertakluk kepada perubahan
      • *Kebanyakan hotel menawarkan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke Disneyland
    • Bermalam di Anaheim

  5. Day 5 Anaheim - Barstow - Las Vegas (SP/MM)

    • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Las Vegas, melalui Barstow
    • Membeli-belah di Outlet at Barstow, yang menawarkan diskaun menarik bagi jenama pereka terkenal seperti Coach, Kate Spade, Polo & Bally
    • Bertolak ke Las Vegas, bandar peranginan yang terletak di Gurun Mohave, Nevada yang menjadi ikon pusat hiburan dan sangat meriah dengan sinaran cahaya lampu warna-warni pada waktu malam
    • Tiba di Las Vegas, daftar masuk hotel
    • Makan malam, bermalam di Las Vegas

  6. Day 6 Las Vegas - Grand Canyon - Las Vegas (SP/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat ke Hoover Dam, sebuah empangan konkrit yang menjadi ikon kepada Sungai Colorado
    • Melawat ke Grand Canyon West Rim, Arizona yang merupakan salah satu daripada 7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia
      • Peluang menjejakkan kaki di Skywalk, sebuah jambatan kaca berbentuk U yang merentasi Sungai Colorado pada ketinggian 4000 kaki dari aras ngarai di Eagle Point
      • Kenali budaya puak Huapalai Indian di Guano Point & Hualapai Ranch
      • Pilihan lawatan tambahan: menaiki helikopter untuk melihat pemandangan aerial Grand Canyon, bermula dari USD108 seorang (20 minit) *Harga tertakluk kepada perubahan
    • Kembali ke Las Vegas
    • Berhenti mengambil gambar di papan tanda terkenal 'Welcome to Las Vegas'
    • Kembali ke hotel, makan malam
    • Bermalam di Las Vegas

  7. Day 7 Las Vegas - Honolulu - Waikiki (SP)

    • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
    • Dihantar ke Lapangan Terbang Las Vegas
    • Menaiki penerbangan ke Honolulu, Oahu, iaitu ibu negeri bagi Kepulauan Hawaii
    • Tiba di Honolulu, daftar masuk hotel
    • Aktiviti bebas. Antara pilihan lawatan tambahan:
      • Bersiar-siar & bersantai di sekitar Pantai Waikikiantara pantai terkenal di dunia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan luncur air, berenang, canoeing, sunbathing dan membeli-belah
      • Membeli-belah di Waikele Premium Outlet yang menawarkan diskaun sehingga 65% (Kos pengangkutan berdasarkan mini coach 6 jam USD100* seorang - min 10 orang) *Harga bergantung kepada jumlah peserta
      • Diamon Head Helicopter Tour - rasai pengalaman menaiki helikopter dan melihat kawasan gunung berapi di Oahu (USD255* seorang) 
      • Rock a Hula Show - tonton persembahan terhebat yang memaparkan muzik & tarian tradisi Hawaii & Polynesian dengan tema rock n roll (USD75* seorang)
      • *Harga tertakluk kepada perubahan
    • Bermalam di Waikiki

  8. Day 8 Waikiki (SP/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat ke Iolani Palace, satu-satunya kediaman rasmi diraja bagi United States & berdaftar sebagai Mercu Tanda Bersejarah negara sejak 1962
    • Melawat ke Shangri La, sebuah pusat seni & budaya Islam
    • Ziarah ke Muslim Association of Hawaii dan berpeluang untuk solat di sana
    • Melawat ke tapak tragedi bersejarah Pearl Harbor yang diserang hendap oleh Tentera Jepun pada tahun 1941
    • Melawat ke USS Arizona Memorial yang dibina di atas tinggalan kapal perang tempur USS Arizona yang tenggelam akibat dibom oleh Tentera Jepun
    • Makan malam
    • Bermalam di Waikiki

  9. Day 9 Waikiki - Kaneohe - Laie - Waikiki (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat ke Kualoa Ranch yang berkeluasan 4000 ekar bagi melihat di sebalik tabir pembikinan filem-filem blockbuster terkenal seperti Jurassic Park, LOST, Hawaii Five-O dan Jumanji melalui aktiviti Movie Sites Tour
    • Makan tengahari
    • Kenali budaya di Polynesian Cultural Center yang menampilkan 6 kebudayaan Kepulauan Pasifik iaitu Tonga, Tahiti, Hawaii, Fiji, Samoa & Aotearoa dan peluang menyaksikan persembahan kebudayaan Luau
    • Makan malam
    • Kembali ke hotel, bermalam di Waikiki

  10. Day 10 Waikiki - San Francisco (SP)

    • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
    • Dihantar ke Lapangan Terbang Honolulu
    • Menaiki penerbangan ke San Francisco, sebuah bandar di California yang dikelilingi oleh Lautan Pasifik & Teluk San Francisco
    • Tiba di San Francisco, daftar masuk hotel
    • Bermalam di San Francisco

  11. Day 11 San Francisco (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi
    • Melawat sekitar bandar San Francisco: melihat Lombard Street yang terkenal dengan ciri jalan yang unik, melihat Palace of Fine Arts, sebuah bangunan bercirikan senireka yang cantik, melalui Golden Gate Bridge iaitu jambatan ikon kepada San Francisco yang berwarna International Orange serta rasai pengalaman menaiki kereta kabel antik ke Nob Hill yang telah beroperasi sejak 1878 lagi dan merupakan kereta kabel terakhir di dunia yang menggunakan sistem kendalian secara manual
    • Makan tengahari
    • Membeli-belah di San Francisco Premium Outlet, outlet terkemuka yang menawarkan potongan diskaun hebat sehingga 65% bagi lebih 180 jenama ikonik dunia seperti Burberry, Coach, Clarks, Furla & Guess
    • Makan malam
    • Kembali ke hotel, bermalam di San Francisco

  12. Day 12 San Francisco - Hong Kong (SP)

    • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
    • Aturcara bebas di Fisherman's Wharf, salah satu pusat tarikan pelancong terkenal dan paling sibuk di bahagian barat United States. Ia terkenal dengan Pier 39, sebuah kawasan membeli-belah popular,  selain dipenuhi deretan restoran & cafe yang pelbagai termasuklah hidangan makanan laut yang mewah. Antara pilihan lawatan tambahan:
      • Cruise ke Alcatraz Island - sebuah pulau yang terkenal dengan sejarah militari & penjara penuh lagenda yang pernah menempatkan penjenayah terkenal dunia seperti Al 'Scarface' Capone & 'Birdman' Robert Stroud yang beroperasi sehingga 1963 (USD41* seorang)
      • Bay Cruise - rasai pengalaman menaiki cruise selama 1 jam menyusuri Teluk San Francisco & melalui bawah jambatan ikonik Golden Gate Bridge (USD36* seorang)
      • Muzium Ripley's Believe It or Not - sebuah muzium yang mempamerkan lebih 400 bahan pameran yang unik, pelik dan sukar dipercayai yang mencipta rekod dunia (USD23* seorang)
      • Madame Tussauds - sebuah muzium yang mempamerkan artis-artis & tokoh-tokoh ternama dunia dalam bentuk patung lilin yang sangat realistik (USD26* seorang)
      • *Harga tertakluk kepada perubahan
    • Dihantar ke Lapangan Terbang San Francisco
    • Menaiki penerbangan ke Hong Kong

  13. Day 13 Onboard

    • Dalam penerbangan dari San Francisco ke Hong Kong (perbezaan masa)

  14. Day 14 Hong Kong - Kuala Lumpur

    • Transit di Hong Kong
    • Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur
    • Selamat tiba di Kuala Lumpur

Flight Itinerary
Day Type Flight Code Time From To Fleet Seat Setting
1 Pergi KA 728 1030 - 1440 Kuala Lumpur Hong Kong Airbus A330 - 300 2-4-2
1 Pergi CX 882 1635 - 1425 Hong Kong Los Angeles Boeing 777 - 300 3-3-3
7 Pergi HA 7 0835 - 1300 Las Vegas Honolulu Airbus A330 - 200 2-4-2
10 Balik HA 12 1410 - 2120 Honolulu San Francisco Airbus A330 - 200 2-4-2
12 Balik CX 873 2255 - 0610+2 San Francisco Hong Kong Boeing 777 - 300 3-3-3
14 Balik KA 725 1250 - 1650 Hong Kong Kuala Lumpur Airbus A330 - 300 2-4-2
Note

image description

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Tidak semua tempat ada menyediakan makanan halal. Kebanyakan makan malam dihidangkan secara buffet di hotel. Bagi hidangan secara buffet, peserta dinasihatkan mengambil makanan laut & vegetarian sahaja.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Dates & Price (RM)

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Dates Single Adult Adult Single Senior Citizen Senior Citizen Child Twin Child With Bed Child No Bed    
Flexi 4
02 November 2018
31,178
32,988
26,688
28,498
30,970
32,780
26,480
28,290
25,676
27,477

21,188
22,989
Fly with Cathay Pacific
12 April 2019
31,178
32,988
26,688
28,498
30,970
32,780
26,480
28,290
25,676
27,477

21,188
22,989