image descriprion
image descriprion
image descriprion

13D 10N EUROPE LONDON

from RM 9,989

  • Popularity
  • Meals
    All In Halfboard
  • Activity Level
    Elderly-Friendly
  • Group Size
    Less than 30

Pakej yang merangkumi 6 buah negara untuk meneroka benua Eropah di Germany, Switzerland, France, Belgium, Netherlands & United Kingdom ini telah ditinjau sebelum dijual untuk memastikan program yang selesa, bersesuaian dengan tema, dan memberi kepuasan yang maksima kepada para peserta!

 

Program kami di adun khas dengan ciri ciri berikut untuk memastikan kepuasan anda

1. Aturcara bermula dari Frankfurt, dan bukannya London memerlukan bayaran cukai lapangan terbang yang lebih mahal namun kami memilih susunan aturcara ini untuk memudahkan para peserta membeli-belah tanpa perlu mengeheret bagasi & barangan belian untuk sepanjang lawatan seterusnya selama 11 hari. Bayangkan anda terpaksa mengusung bagasi yang berat, sarat dengan barangan yang telah dibeli menaiki keretapi Eurostar! Pstinya ia akan lebih memenatkan.

2. Program kami memberikan peserta 3 malam di London serta 1 hari Free & Easy di London supaya peserta tidak terburu-buru dan dapat meneroka London sepuas hati

3. Aturcara yang tidak Touch N' Go dengan susunan 1 Malam Germany, 2 Malam Switzerland, 2 Malam Paris, 2 Malam Amsterdam dan 3 Malam London ini memastikan peserta mendapat rehat yang secukupnya di sepanjang perjalanan

 

Hotel yang dipilih bukan sahaja bertaraf 4 bintang yang selesa, malah juga mempunyai lokasi yang bersesuaian dan strategik, samada di tengah bandar, berdekatan dengan metro atau berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong. Saiz bilik juga memainkan peranan yang besar untuk memudahkan pelanggan kami menunaikan solat di bilik.

 

Syarikat penerbangan yang kami gunakan, iaitu Turkish Airline merupakan syarikat penerbangan yang ke 12 terbaik di dunia!  Ini memastikan anda dapat melancong ke satu satu destinasi yang jauh dengan selesa! Jangan lupa, kami tak pernah menghalang anda untuk upgrade tempat duduk anda ke Business Class! Penerbangan ini juga memberikan peserta 30kg elaun bagasi yang mana sangat sesuai dengan pakej membeli-belah ini.

 

Anda pertama kali melancong bersama kami? Jangan risau, terdapat 2 pegawai yang akan menemani anda untuk memastikan perjalanan anda terjaga & terkawal.

Kami telah berurusan dengan Tour Guide & Tour Operator kami selama lebih 15 tahun! Ini memastikan mereka peka akan kehendak dan keperluan muslim sekaligus menjamin penjagaan waktu solat dan makanan halal

Tidak kurang juga kepada Tour Leader POTO Travel sendiri yang telah diberikan latihan intensif dalam menangani apa-apa cabaran yang tidak dirancang semasa percutian anda, hanya untuk memastikan anda mendapat servis yang terbaik

 

Whats included in this tour Items that are covered in the cost of tour price.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Istanbul - Frankfurt - London - Istanbul - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Had bagasi 30kg / seorang 
  • Penginapan di hotel bertaraf  4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara
  • 1 kali makan tengahari di Paris
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
  • Tiket keretapi laju (Eurostar) ke London.​
Whats not included in this tour Items that are not covered in the cost of tour price.
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut
  • Tiket menaiki Aras 2 Eiffel Tower
  1. Day 1 Kuala Lumpur - Istanbul

    • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Frankfurt
    • Transit di Istanbul

  2. Day 2 Istanbul - Frankfurt - Viernheim

    • Meneruskan penerbangan ke Frankfurt
    • Tiba di Frankfurt
    • Lawatan ringkas di Romerberg, sebuah kawasan bersejarah di Frankfurt
    • Bersiar-siar di bandar Heidelberg: melihat Heidelberg Castle
    • Daftar masuk hotel, bermalam di Viernheim

  3. Day 3 Viernheim - Titisee - Schaffhausen - Sursee (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Titisee yang merupakan sebuah tasik semulajadi, melalui Black Forest
    • Bersiar-siar di Titisee
    • Melawat Rheinfall of Schaff'hausen, merupakan air terjun terbesar di Eropah
    • Bertolak dan tiba di Sursee
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Sursee

  4. Day 4 Sursee - Engelberg - Lucerne - Sursee (SP)

    • Sarapan pagi
    • Melawat Lembah Engelberg
      • Pilihan Lawatan Tambahan: menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Titlis untuk menyaksikan permandangan indah Swiss Alps
      • Harga : CHF92 *Tertakluk kepada sebarang perubahan*
    • Bertolak ke Lucerne
    • Melawat ke Old CityChapel Bridge dan Lion Monument
    • Membeli-belah di sekitar bandar Lucerne iaitu di Bucherer dan Casa Grande
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Sursee

  5. Day 5 Sursee - Paris (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak dan tiba di Kota Paris
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Paris

  6. Day 6 Paris (SP/MT)

    • Sarapan pagi
    • Bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower 
    • Bersiar-siar dengan menaiki bas melihat senibina asli di Champs Elysees, Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Cathedral of Notre Dame dan Grand Mosque
    • Makan tengahari 
    • Menaiki Romantic Cruise Seine River
    • Membeli-belah di Lafayette
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Paris

  7. Day 7 Paris - Amsterdam (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, bertolak ke Amsterdam
    • Daftar masuk hotel, bermalam di Amsterdam

  8. Day 8 Amsterdam (SP)

    • Sarapan pagi
    • Melawat ke pusat penghasilan berlian di Diamond Center, Damrak Square serta Masjid tempatan
    • Menikmati keunikan bangunan lama di sekitar Amsterdam dengan menaiki Canal Cruise
    • Melawat di sekitar Volendam, sebuah bandar pelabuhan
    • Melawat Zaanse Schans yang terkenal dengan Windmill Village, Kilang Penghasilan Keju dan Clog Maker
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Amsterdam

  9. Day 9 Amsterdam - Brussels - London (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Brussels
    • Tiba di bandar Brussels, mengambil gambar di Atomium dan melawat Grand Place serta Mannekin Pis 
    • Dihantar ke Bruxelles Midi Station untuk menaiki Eurostar ke London
    • Tiba di St. Pancras Station di London 
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di London

  10. Day 10 London (SP)

    • Sarapan pagi
    • Lawatan di sekitar bandar London: melihat House of Parliament, Big BenWestminster Abbey, Trafalgar Square, Buckingham Palace dan Tower Bridge
    • Membeli-belah di Oxford Street, destinasi membeli -belah paling popular di London
    • Kembali ke hotel dan bermalam di London

  11. Day 11 London (SP)

    • Sarapan pagi
    • Aktiviti bebas di London
    • Bermalam di London

  12. Day 12 London - Istanbul (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
    • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur

  13. Day 13 Istanbul - Kuala Lumpur

    • Transit di Istanbul
    • Meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur 
    • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Flight Itinerary
Day Type Flight Code Time From To Fleet Seat Setting
1 Pergi TK 61 2315 - 0515+1 Kuala Lumpur Istanbul Boeing 777-300 3-3-3
2 Pergi TK 1587 0755 - 1010 Istanbul Frankfurt Airbus A330-300 2-4-2
12 Balik TK 1972 1825 - 0020 London Istanbul Airbus A330-300 2-4-2
13 Balik TK 60 0130 - 1710 Istanbul Kuala Lumpur Boeing 777-300 3-3-3
Note

Elaun Bagasi :
30kg setiap seorang

 

image description

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya katil tambahan disediakan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Sekiranya tiada kekosongan bilik di hotel yang ditetapkan, pihak kami akan menukar lokasi penginapan ke kawasan berhampiran dengan taraf hotel yang sama.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).
  • Promosi ini tidak sah dengan mana-mana promosi yang lain.
  • Pihak Poto Travel berhak memind terma & syarat tanpa notis.
  • Sebarang naiktaraf atau permintaan perlu dilakukan semasa membuat penempahan.

Dates & Price (RM)

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Dates Single Adult Adult Single Senior Citizen Senior Citizen Child Twin Child With Bed Child No Bed    
#poto15years
3 November 2018
13,141
13,777
9,989
10,625
13,005
13,641
9,853
10,489
9,585
10,221
8,414
9,050
7,345
7,981