03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  
Budaya Alam Semulajadi Beli Belah
 
11H 9M  PULAU SELATAN NEW ZEALAND
01 Ogos 2018
 

KEINDAHAN PULAU SELATAN NEW ZEALAND (STAR GAZING) 11 HARI 9 MALAM (ALL IN FULLBOARD tidak termasuk 2 kali makan)

 

 Hari 01 : Kuala Lumpur - Singapura - Christchurch

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Christchurch
  • Transit di Singapura
  • Meneruskan penerbangan ke Christchurch

  Hari 02 : Christchurch (MT/MM) 

  • Tiba di Christchurch, makan tengahari
  • Lawatan ringkas di sekitar bandar Christchurch ; melalui Cashmere Hills, Canterbury Museum, Botanical Garden, Avon River dan Hagley Park
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel, bermalam di Christchurch

  Hari 03 : Christchurch - Arthur's Pass - Franz Josef  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Menaiki kereta api TranzAlpine Express yang menawarkan pemandangan indah di sepanjang perjalanan, menuju ke Arthur's Pass
  • Tiba di Arthur's Pass dan makan tengahari
  • Meneruskan perjalanan ke Franz Josef
  • Tiba di Franz Josef, dibawa untuk menyaksikan Franz Josef Glacier daripada platform pemandangan
  • Makan malam 
  • Bermalam di Franz Josef

 Hari 04 : Franz Josef Glacier - Wanaka - Cromwell - Queenstown (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bergerak ke Queenstown, melalui Wanaka
  • Tiba di Wanaka, makan tengahari
  • Meneruskan perjalanan ke Cromwell
  • Singgah membeli-belah buah-buahan tempatan di Mrs Jones Fruit Stall
  • Lawatan ke Kawarau Bungy Jumping Site yang merupakan tempat popular untuk membuat aktiviti ekstrem Bungy Jumping.
  • Tiba di Arrowtown, lawatan ringkas di sekitar Arrowtown
  • Meneruskan perjalanan ke Queenstown
  • Tiba di Queenstown, lawatan ringkas sekitar Queenstown
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Queenstown

Hari 05 : Queenstown (SP)

  • Sarapan pagi 
  • Aktiviti bebas sepanjang hari
    • Pilihan lawatan tambahan: Milford Sound (harga bergantung kepada jumlah peserta)
  • Bermalam di Queenstown

Hari 06 : Queenstown - Bluff - Invercargill (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel dan menuju ke Bluff
  • Makan tengahari
  • Tiba di Bluff, lawatan ringkas disekitar bandar Bluff melalui Bluff Central, Gore Street dan Striling Point
  • Meneruskan perjalanan ke Invercargill
  • Tiba di Invercargill, lawatan ringkas melalui Queens Park dan Oreti Beach
  • daftar masuk hotel
  • Makan malam, bermalam di Invercargill

  Hari 07 : Invercargill - Balclutha - Dunedin (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel dan menuju ke Dunedin melalui Balclutha
  • Makan tengahari
  • Lawatan ke Penguin Palace untuk melihat telatah comel penguin
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Dunedin

Hari 08 : Dunedin (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Lawatan di sekitar bandar Dunedin; melalui Railway Station, Otago University, The Octagon dan The Baldwin Street
  • Makan tengahari
  • Berpeluang menaiki Monarchi Wildlife Cruise untuk melihat singa laut, dolphin dan penguin
  • Lawatan ke Lanarch Castle
  • Makan malam dan bermalam di Dunedin

Hari 09 : Dunedin - Moeraki Boulders - Oamaru - Twizel - Mt.John - Tekapo (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel dan menuju ke Tekapo
  • Lawatan ke Moeraki Boulders
  • Lawatan ke Oamaru Whitestone Buildings
  • Meneruskan perjalanan ke Twizel
  • Makan tengahari
  • Lawatan ke Pukaki Lookout Point untuk melihat pemandangan Mt. Cook
  • Meneruskan perjalanan ke Lake Tekapo
  • Makan malam 
  • Lawatan ke  Mt. John Night Observatory untuk aktiviti Star Gazing (bergantung kepada keadaan cuaca semasa)
  • Bermalam di Lake Tekapo

Hari 10 : Tekapo - Christchurch (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel dan menuju ke Christchurch
  • Lawatan ke Church of Good Shepherd & Bronze Sheepdog Statue
  • Membeli belah di Farmer's Corner Wholesale Shopping
  • Meneruskan perjalanan ke Christchurch
  • Makan tengahari
  • Menyusuri sungai Avon River
  • Lawatan ke Willowbank Wildlife Reserve dan menyaksikan persembahan Ko Tane yang berkisarkan budaya Mouri
  • Makan malam dan bermalam di Christchurch

Hari 11 : Christchurch - Singapura - Kuala Lumpur (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
  • Transit di Singapura
  • Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

Jadual Penerbangan (Singapore Airlines)

  Hari Perlepasan Ketibaan  No Penerbangan   Masa  
Pergi 01 Kuala Lumpur Singapura MI 329 1840 - 1950
Pergi 01 Singapura Christchurch SQ 297 2115 - 1150+1
Balik 11 Christchurch Singapura SQ 298 1150 - 1740
Balik 11 Singapura Kuala Lumpur SQ 118 1845 - 1945

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis awal & sila hubungi pihak ‘Customer Service’ untuk maklumat penerbangan.

**Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

***Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik

 

  Warga Emas Dewasa Kanak-Kanak
                Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 19,399 RM 16,199 RM 19,499 RM 16,299 RM 13,999 RM 12,499 RM 10,099
Early Bird Jul-Aug 18 RM 18,359 RM 15,159 RM 18,459 RM 15,259 RM 12,959 RM 11,459 RM 9,059

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

 

 

 

 

 

 

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Singapura - Christchurch - Singapura - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Tiket Scenic Train Tranz Alpine Express
  • Lawatan ke Mt.John untuk aktiviti Star Gazing
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 & 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara.
  • Tip kepada pemandu bas.
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: