03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  
Budaya Sejarah Beli Belah
 
7H 6M BEIJING
10 Ogos 2018
 

GABUNGAN TAMADUN MANUSIA & PUSAT MEMBELI-BELAH DI BEIJING 7 HARI 6 MALAM (ALL IN FULLBOARD)

 

Hari 01 : Kuala Lumpur - Hong Kong - Beijing

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing 
  • Transit di Hong Kong dan meneruskan penerbangan ke Beijing
  • Selamat tiba di Beijing
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Beijing

Hari 02 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat Tiananmen Square: dataran terbesar di dunia dan juga merupakan sempadan Great Hall of the People
  • Berkunjung ke Forbidden City: merupakan istana diraja semasa dinasti Ming sehingga berakhirnya dinasti Qing
  • Makan tengahari sebelum berhenti solat di Niujie Mosque
  • Membeli-belah di Muslim Super Market: terdapat pelbagai barangan makanan halal dijual
  • Melawat Silk Show Room: dapat melihat proses buatan sutera dan membeli barangan hasil sutera yang berkualiti
  • Melawat Celestial Ion Negetive Centre
  • Makan malam dan dibawa menyaksikan Persembahan Akrobatik 
  • Bermalam di Beijing

Hari 03 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat Great Wall of China : kubu pertahanan pertama yang dibina oleh banduan dan kerahan tenaga semasa pemerintahan Dinasti Ming
  • Membeli - belah di Jade Centre
  • Makan tengahari
  • Dibawa ke Tea House: dapat merasai pelbagai jenis teh tradisional
  • Lawatan ke Snow World Ski Resort untuk pilihan lawatan tambahan bermain ski
    • ​Pilihan lawatan tambahan ke Snow World Ski Resort hanya bagi perlepasan Januari 2018 sahaja
  • Makan malam dan kembali ke hotel 
  • Bermalam di Beijing

Hari 04 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Lawatan ke ski resort untuk pilihan lawatan tambahan bermain ski
  • Berkunjung ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming
  • Membeli-belah di Jewellery Shop dan makan tengahari
  • Melawat Ma Dian Mosque
  • Makan malam 
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Beijing

Hari 05 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Bersiar-siar di perkarangan Bird's Nest Stadium dan Water Cube : pernah menjadi tuan rumah Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik bagi tahun 2008
  • Membeli belah di Bamboo Charcoal Shop: pelbagai produk buatan buluh dijual
  • Makan tengahari 
  • Membeli-belah di Xiushui Street: pelbagai jenis barangan buatan tempatan yang dijual dengan harga yang berpatutan
  • Diteruskan ke Wangfujing Street untuk membeli-belah
  • Makan malam dan kembali ke hotel 
  • Bermalam di Beijing

Hari 06 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke Panda Zoo: antara zoo yang terbesar di Beijing dmana terdapat pelbagai jenis hidupan liar
  • Makan tengahari dan solat di masjid berhampiran
  • Melawat Qianmen Walk Street
  • Menyaksikan World Trade Plaza dan The China largest LED screen
  • Makan malam
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Beijing

Hari 07 : Beijing - Hong Kong - Kuala Lumpur (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
  • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Transit di Hong Kong
  • Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual Penerbangan (Cathay Pacific)

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa
Pergi 01 Kuala Lumpur Hong Kong KA 732 1330 - 1725
Pergi 01 Hong Kong Beijing KA 906 1900 - 2230
Balik 07 Beijing Hong Kong CX 347 1000 - 1350
Balik 07 Hong Kong Kuala Lumpur KA 729 1600 - 1945

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis awal & sila hubungi pihak ‘Customer Service’ untuk maklumat penerbangan.

**Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

***Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik

 
 
 

                       Warga Emas Dewasa Kanak-Kanak
  Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 3,999 RM 3,299 RM 4,099 RM 3,399 RM 3,188 RM 3,148 RM 2,949
Promosi Jan-May 18 RM 3,799 RM 3,099 RM 3,899 RM 3,199 RM 2,988 RM 2,948 RM 2,749
 
*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.
 
Pilihan Lawatan Tambahan
Nama Lokasi Harga
3D Painting Show 798 Art Street RMB 100
Kung Fu Show Shichahai Theatre RMB 120
Ski Snow World Ski Resort USD 50

Cadangan lawatan tambahan adalah diluar aturcara.Bayaran adalah atas tanggungan peserta sendiri dan harga tertakluk kepada perubahan semasa

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik​.
  • Pakej ini termasuk 6 ‘Government shop’ yang wajib dikunjungi iaitu: Silk Show room, Chinese Medicine Centre, Jade Centre, Tea house, Jewelry Shop dan Bamboo Charcoal Shop
  • Peserta perlu meluangkan masa minima 45 minit di setiap 'government shop'.
  • Kemudahan cerek elektrik disediakan di hotel. Manakala seterika disediakan atas permintaan.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Hong Kong - Beijing - Hong Kong - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: