03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  
Bandar Sejarah Alam Semulajadi
 
11H 8M  TURKI BARAT & ANTALYA
21 April 2018
 

EKSPLORASI TURKI BARAT & ANTALYA 10 HARI 8 MALAM (ALL IN FULLBOARD)

Hari 01 : Kuala Lumpur - Istanbul - Antalya

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Istanbul
  • Tiba di Istanbul, menaiki penerbangan domestik ke Antalya
  • Tiba di Antalya, dibawa ke hotel untuk daftar masuk
  • Bermalam di Antalya

 Hari 02 : Antalya (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Menikmati pemandangan indah di Kursunlu Waterfall
  • Melawat Aspendos Antique Theatre, binaan bercirikan Greek-Roman kuno
  • Makan tengahari
  • Aktiviti bebas di Old Town serta melawat tapak arkeologi dan bandar purba Greek di Side Antique City
  • Kembali ke hotel, makan malam
  • Bermalam di Antalya

 Hari 03 : Antalya - Pamukkale (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Pamukkale yang terkenal dengan laman semulajadi yang mengandungi air panas bertingkat
  • Makan tengahari
  • Tiba di Pamukkale, melawat Ancient City of Hierapolis 
  • Daftar masuk hotel, makan malam
  • Bermalam di Pamukkale 

  Hari 04 : Pamukkale - Kusadasi (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Kusadasi, sebuah bandar peranginan di Perairan Aegean
  • Makan tengahari
  • Melawat Ephesus yang merupakan pusat komersial utama bagi Mediterranean pada zaman dahulu untuk melihat tinggalan Seven Churches of Revelation, Temple of Artemis yang merupakan satu daripada tujuh keajaiban kuno
  • Melihat Basilica of St. John.
  • Daftar masuk hotel, makan malam
  • Bermalam di Kusadasi

  Hari 05 : Kusadasi - Izmir - Assos (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Melawat perkampungan budaya Turki dan Greek sambil menikmati pemandangan indah di Sirince Village
  • Bertolak ke Izmir yang merupakan bandar ketiga terbesar di Turki
  • Makan tengahari
  • Bertolak ke Assos yang turut dikenali sebagai Behramkale
  • Tiba di Assos, daftar masuk hotel
  • Makan malam dan bermalam di Assos

  Hari 06 : Assos - Troia - Edirne (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bertolak ke kota lagenda Troy dimana ia merupakan tempat berlakunya Peperangan Trojan
  • Lawatan ringkas sekitar bandar Troy 
  • Makan tengahari
  • Meneruskan perjalanan ke Gallipoli yang terkenal dengan kesan pertempuran Perang Dunia Pertama
  • Bertolak ke Edirne yang merupakan ibu negara ketiga semasa zaman pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah
  • Tiba di Edirne, daftar masuk hotel
  • Makan malam, bermalam di Edirne

 Hari 07 : Edirne - Istanbul (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Ziarah ke Selimiye Mosque yang terkenal dengan jolokan 'The Greatest Building of Turkish Islamic History'
  • Membeli-belah di Covered Bazaar
  • Makan tengahari
  • Bertolak ke Istanbul 
  • Melawat ke Al Fatih Mosque
  • Daftar masuk hotel, makan malam
  • Bermalam di Istanbul

 Hari 08 : Istanbul (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat ke  Roman Hippodrome dan Blue Mosque 
  • Makan tengahari
  • Sambung lawatan ke Topkapi Palace & St. Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya)
  • Membeli-belah di Grand Bazaar yang mempunyai kira-kira 4000 buah gerai dan kedai
  • Kembali ke hotel, makan malam
  • Bermalam di Istanbul

  Hari 09 : Istanbul - Kuala Lumpur (SP/MT)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Pilihan lawatan tambahan:
    • Menaiki Bosphorus Cruise menyusuri Selat Bosphorus yang membahagikan benua Asia dan Eropah bagi Turki (USD50 seorang)
  • Makan tengahari
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

  Hari 10 : Kuala Lumpur

  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

Jadual Penerbangan (Turkish Airlines)

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa 
Pergi 01 Kuala Lumpur Istanbul TK 61 2335 - 0515+1
Pergi 01 Istanbul Antalya TK 2410 0840 -1005
Balik 09 Istanbul Kuala Lumpur TK 60 0205 - 1725

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis 

**Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

***Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik

 

                      Warga Emas Dewasa Kanak-Kanak
  Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 8,179 RM 6,899 RM 8,279 RM 6,999 RM 6,479   RM 6,179 RM 5,999
Promosi Early Bird RM 7,779 RM 6,499 RM 7,879 RM 6,599 RM 6,079 RM 5,779 RM 5,599

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

*Mengikut polisi keselamatan hotel di Eropah, kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas perlu mempunyai katil dan berdasarkan harga kanak-kanak berkatil.

 

 

 

 

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik​.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur  - Istanbul - Antalya - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: