03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  Machu Picchu
Budaya Sejarah Alam Semulajadi
 
15H 11M AMERIKA SELATAN
17 Oktober 2017
 

MENGEMBARA KE AMERIKA SELATAN 15H 11M (ALL IN HALFBOARD)

 

Hari 01 : Kuala Lumpur (16 Oktober 2017)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Buenos Aires

Hari 02 : Kuala Lumpur - Dubai - Buenos Aires

  • Menaiki penerbangan ke Buenos Aires
  • Transit di Dubai
  • Meneruskan penerbangan ke Buenos Aires
  • Tiba di Buenos Aires, iaitu ibu negara dan bandar terbesar di Argentina
  • Daftar masuk hotel, bermalam di Buenos Aires 

 Hari 03 : Buenos Aires (SP/MT)

  • Sarapan pagi
  • Melawat di sekitar bandar Buenos Aires: melihat Obelisk serta melalui Plaza de Mayo yang turut menampilkan Presidential Palace & Town Hall
  • Menuju ke Puerto Madero untuk melihat struktur ikonik bandar tersebut iaitu Puente de la Mujer, sebuah jambatan dengan rekaan kontemporari
  • Menuju ke La Boca untuk mengambil gambar di Caminito Street yang penuh warna-warni serta melawat ke Estadio Alberto J. Armando atau lebih dikenali sebagai Stadium 'La Bombonera', yang merupakan stadium rasmi pasukan Boca Juniors
  • Makan tengahari
  • Melawat ke San Telmo, sebuah kawasan kejiranan tertua di Buenos Aires
  • Membeli-belah di La Martina Factory Outlet
  • Kembali ke hotel, aktiviti bebas 
    • Pilihan Lawatan Tambahan : Menonton persembahan tarian Tango yang terkenal di La Esquina de Carlos Gardel (USD100 seorang untuk minimum 10 orang - termasuk pengangkutan pergi balik dari hotel) *Harga tertakluk kepada perubahan
  • Bermalam di Buenos Aires

  Hari 04 : Buenos Aires - Lima (SP)

  • Sarapan pagi
  • Aktiviti bebas sehingga daftar keluar hotel
  • Ziarah ke Masjid Buenos Aires
  • Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Lima
  • Menaiki penerbangan ke Lima, yang turut dikenali sebagai 'The City of the Kings'
  • Tiba di Lima, daftar masuk hotel
  • Bermalam di Lima

  Hari 05 : Lima (SP/MT)

  • Sarapan pagi
  • Melalui bandar Miraflores, yang merupakan kawasan kediaman dan pusat membeli-belah mewah di Lima
  • Melawat ke Pachacamac, sebuah tapak arkeologi dengan sejarah peninggalan pra-Inca
  • Berhenti mengambil gambar di Chorrillos, sebuah kawasan persisiran pantai yang indah
  • Berhenti mengambil gambar di Barranco, sebuah bandar cantik bercirikan kolonial dan republikan
  • Makan tengahari
  • Ziarah ke Masjid Lima
  • Menuju ke bandar San Isidro untuk melawat ke Huallamarca, sebuah struktur tinggalan sejarah yang berbentuk piramid
  • Kembali ke hotel, bermalam di Lima

  Hari 06 : Lima - Cusco - Sacred Valley (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Cusco
  • Menaiki penerbangan ke Cusco yang pernah menjadi ibu negeri Empayar Inca serta penuh tinggalan arkeologi
  • Tiba di Cusco dan bertolak ke Sacred Valley yang terletak di kawasan tanah tinggi Andean Peru
    • Memandangkan ia kawasan beraltitud tinggi, udara adalah tipis dan ia agak akan mengganggu sistem pernafasan. Peserta dinasihatkan mengambil langkah penyesuaian diri yang sewajarnya (acclimatize).
  • Melawat ke Pisac Ruins, sebuah perkampungan di kawasan lembah pergunungan dengan pemandangan indah teres
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Sacred Valley

  Hari 07 : Sacred Valley - Machu Picchu - Sacred Valley (SP)

  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke stesen kereta api Ollanta untuk ke Machu Picchu
  • Menaiki kereta api ke Aguas Calientes
  • Tiba di Aguas Calientes dan akan menaiki 'shuttle bus' ke Machu Picchu
  • Melawat Machu Picchu: tapak kubu kota Inca pada abad ke 15 yang diisytiharkan sebagai Kawasan Perlindungan Sejarah Peru & Tapak Warisan Dunia UNESCO
  • Kembali ke stesen kereta api Ollanta
  • Kembali ke hotel, bermalam di Sacred Valley

  Hari 08 : Sacred Valley - Cusco (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Melawat ke Chinchero untuk melihat proses tenunan terkenal Andean
  • Bertolak ke Cusco dan melawat ke Fortress of Sacsayhuaman, Hatunrumiyoc Street, San Blas Artisan Quarter dan Koricancha (Temple of the Sun)
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Cusco

  Hari 09 : Cusco - Lima - Foz Iguazu (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Foz Iguazu
  • Transit di Lima
  • Meneruskan penerbangan ke Foz Iguazu, Brazil
  • Tiba di Foz Iguazu, daftar masuk hotel
  • Bermalam di Foz Iguazu

  Hari 10 : Foz Iguazu - Puerto Iguazu - Foz Iguazu (SP)

  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke Puerto Iguazu untuk melawat ke Iguazu National Park (bahagian Argentina) untuk menyaksikan air terjun yang menjadi sempadan 2 negara iaitu Iguazu Falls. 
    • Meneroka Lower & Upper Circuit yang menawarkan 6 sudut panorama indah air terjun ini
    • Menaiki kereta api ekologi untuk ke The Devil's Throat, air terjun yang tertinggi
  • Seterusnya melawat ke Iguazu National Park (bahagian Brazil) untuk bersiar-siar di sepanjang Cataratas Trail sambil menyaksikan keindahan air terjun
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Foz Iguazu

  Hari 11 : Foz Iguazu - Rio de Janeiro (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Rio de Janeiro
  • Tiba di Rio de Janeiro, yang bermaksud 'River of January'
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Rio de Janeiro

 Hari 12 : Rio de Janeiro (SP/MT)

  • Sarapan pagi 
  • Melawat ke Christ the Redeemer Statue yang terletak di puncak Gunung Corcovado sambil melihat pemandangan bandar Rio
  • Mengambil gambar di Escadaria Selaron, sebuah tangga penuh ceria yang terkenal di dunia
  • Seterusnya mengunjungi Mario Filho Stadium atau lebih dikenali sebagai Maracana Stadium
  • Makan tengahari
  • Bersiar-siar melalui Pantai Ipanema dan Copa Cabana, yang terkenal sebagai lokasi rasmi FIFA Beach Soccer World Cup
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Rio de Janeiro 

  Hari 13 : Rio de Janeiro (SP)

  • Sarapan pagi
  • Melawat sekitar bandar Rio: melawat ke Favela Santa Marta, kawasan setinggan berwarna-warni yang sinonim dengan nama Rio dan popular sebagai lokasi penggambaran video muzik Michael Jackson
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Sugar Loaf Mountain untuk melihat pemandangan kota Rio, Guanabara Bay dan persisiran pantai indah
  • Kembali ke hotel dan aktiviti bebas
  • Daftar keluar hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

  Hari 14  : Rio de Janeiro - Dubai

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
  • Transit di Dubai

  Hari 15  : Dubai - Kuala Lumpur

  • Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual Penerbangan (Fly Emirates)

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa
Pergi 02 Kuala Lumpur Dubai EK 343 0155 - 0455
Pergi 02 Dubai Buenos Aires EK 247 0710 - 1945
Balik 14 Rio de Janeiro Dubai EK 248 0205 - 2305
Balik 15 Dubai Kuala Lumpur EK 346 0350 - 1505

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis

                           Warga Emas / Pelajar Dewasa Kanak-Kanak
  Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 29,669 RM 26,694 RM 29,974 RM 26,999 RM 24,949 RM 23,986 -
 Promosi MATTA Sep RM 28,969 RM 25,994 RM 29,274 RM 26,299 RM 24,258 RM 23,295 -

*  Harga tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis

** Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab overview dan nota penting untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan serta syarat-syarat penempahan.

 

 

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Dubai - Buenos Aires - Rio de Janeiro - Dubai - Kuala Lumpur.
  • Penerbangan antarabangsa/ domestik/ serantau.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: