03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)
*Pejabat kami akan ditutup pada 24 Jun – 2 Julai 2017 dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 3 Julai 2017 (Isnin).

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
   Cango Wildlife Ranch
Budaya Bandar Alam Semulajadi
 
10H 6+2M AFRIKA SELATAN
10 Ogos 2017
 

MELANCONG KE AFRIKA SELATAN 10 HARI 6+2 MALAM (ALL IN FULLBOARD)

  Hari 01 : Kuala Lumpur - Mauritius

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Johannesburg
  • Transit di Mauritius
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Mauritius

  Hari 02 : Mauritius - Johannesburg (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Johannesburg
  • Tiba di Johannesburg
  • Makan tengahari
  • Melawat Lesedi Cultural Village, sebuah perkampungan tradisi & budaya suku kaum di Afrika
  • Ziarah ke Midrand Turkish Mosque
  • Daftar masuk hotel dan makan malam
  • Bermalam di Johannesburg 

 Hari 03 : Johannesburg - Port Elizabeth - Knysna (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Port Elizabeth
  • Tiba di Port Elizabeth, makan tengahari
  • Singgah di masjid tempatan
  • Meneruskan perjalanan ke Knysna, terkenal dengan pemandangan yang indah
  • Tiba di Knysna, daftar masuk hotel
  • Makan malam, bermalam di Knysna

  Hari 04 : Knysna - Oudtshoorn - Game Lodge (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Oudtshoorn
  • Melawat Cango Cave dan Cango Wildlife Ranch yang merupakan Pusat Pemeliharaan Haiwan Liar tertua dan terbesar di dunia yang menempatkan pelbagai jenis haiwan liar
  • Meneruskan perjalanan ke Safari Ostrich Farm yang merupakan tempat pembiakan burung unta terbesar di dunia di mana peserta berpeluang merasai pengalaman menunggang burung unta
  • Makan tengahari 
  • Bertolak ke Game Lodge dan daftar masuk lodge
  • Merasai pengalaman mendekati haiwan liar dengan menaiki kenderaan safari menerusi aktiviti Game Drive
  • Makan malam dan bermalam di Game Lodge

   Hari 05 : Game Lodge - Hermanus - Cape Town (SP/MT/MM)

  • Mengikuti aktiviti Game Drive untuk kali kedua pada awal pagi 
  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Cape Town, melalui Hermanus
  • Makan tengahari
  • Singgah di Masjid Hermanus 
  • Meneruskan perjalanan ke Cape Town 
  • Tiba di Cape Town dimana merupakan bandar paling cantik dan tersusun di Afrika Selatan
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas
  • Makan malam dan bermalam di Cape Town

 Hari 06 : Cape Town (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat sekitar bandar Cape Town: melawat Table Mountain* yang merupakan gunung rata yang menjadi mercu tanda kemegahan Cape Town, melalui Signal Hill, melawat Bo-Kaap atau lebih dikenali sebagai Cape Malay Quarter serta melalui Grand Parade, City Hall, Castle of Good Hope dan South African Cultural History Museum
    • ​​​*Lawatan ke Table Mountain adalah bergantung kepada keadaan cuaca & angin. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, Table Mountain Aerial Cableway tidak akan beroperasi atas faktor keselamatan.
  • Makan tengahari
  • Ziarah ke Masjid Auwal yang merupakan majid pertama yang dibina di Afrika Selatan
  • Membeli-belah di Kenilworth
  • Makan malam
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Cape Town

  Hari 07 : Cape Town - Cape Peninsula - Cape Town (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke Cape Peninsula, sebuah semenanjung menghadap Lautan Atlantik
  • Dibawa ke Hout Bay untuk menaiki bot ke Duiker Island bagi melihat kawanan anjing laut yang memenuhi pulau tersebut
  • Bertolak ke Cape Point melalui Chapman's Peak & Noordhoek Beach
  • Menaiki tren funicular ke puncak Cape Point untuk melihat pemandangan indah dan rumah api yang terkenal
  • Berkunjung ke Cape of Good Hope
  • Bertolak ke Simons Town, makan tengahari
  • Menyaksikan koloni penguin di Boulders Beach 
  • Kembali ke Cape Town
  • Tiba di Cape Town dan makan malam
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Cape Town

  Hari 08 : Cape Town - Mauritius (SP/MOB/MM)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Mauritius
  • Tiba di Mauritius, daftar masuk hotel
  • Makan malam dan bermalam di Mauritius

  Hari 09 : Mauritius - Kuala Lumpur (SP/MT)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Memulakan lawatan ke bahagian Selatan Mauritius dengan lawatan ke Trou Aux Cerfs, sebuah kawasan gunung berapi untuk melihat panorama Plaines Wilhems, Plaines Champagne dan Black River Gorges
  • Melawat Seven Coloured Earth of Chamarel, sebuah fenomena alam semulajadi berwarna warni
  • Melawat Curepipe, sebuah bandar terpenting di Mauritius
  • Makan Tengahari
  • Melihat Chamarel Waterfall yang terkenal di Mauritius dari dek peninjau 
  • Melalui Moune Mountain dan The Benitier Island semasa perjalanan pulang 
  • Dihantar ke lapangan terbang
  • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur

  Hari 10 : Kuala Lumpur

  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

Jadual Penerbangan (Air Mauritius)

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa
Pergi 01 Kuala Lumpur Mauritius MK 647 1335 - 1845
Pergi 02 Mauritius Johannesburg MK 851 0915 - 1150
Pergi 03 Johannesburg Port Elizabeth BA 6241 1110 - 1250
Balik 08 Cape Town Mauritius MK 844 1340 - 2100
Balik 09 Mauritius Kuala Lumpur MK 646 2040 - 1100 + 1

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis 

**Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

***Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik

                           Warga Emas  Dewasa Kanak-Kanak
  Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 10,898 RM 9,687 RM 10,999 RM 9,788 RM 8,989 RM 7,999 RM 7,679
Promosi Apr-Aug 17 RM 10,209 RM 8,998 RM 10,310 RM 9,099 RM 8,600 RM 7,610 RM 7,290

* Harga tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis

* Mengikut polisi hotel di Afrika, bilik hotel tidak dapat memuatkan tiga orang dewasa (Bilik Bertiga) di dalam satu bilik

* Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab overview dan nota penting untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan serta syarat-syarat penempahan.

 

 

 

 

 

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik​.
  • Salinan sijil kelahiran diperlukan bagi peserta berumur 18 tahun ke bawah semasa pendaftaran.
  • Penginapan di Garden Route Game Lodge adalah tertakluk kepada kekosongan bilik. Sekiranya tiada kekosongan, penginapan akan ditukar kepada game lodge/reserve yang setaraf.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh
  • sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tiada triple room disediakan sepanjang lawatan ini.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Mauritius - Johannesburg - Cape Town - Mauritius - Kuala Lumpur
  • Penerbangan domestik Johannesburg - Port Elizabeth
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di hotel bertaraf  4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan & makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi. - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: