03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  Masjid Nabawi
 
11H 09M  Umrah Transit / Madinah
11 NOV - 21 NOV
 

 

 

MELANCONG BERSAMA IKON POTO

Menunaikan umrah bersama ikon POTO, Tour Leader Kelas A yang terlatih dan berpengalaman dengan kolaborasi Etihad Airways untuk perjalanan ibadah yang lebih sempurna !

 

Keistimewaan :

1. Menggunakan penerbangan berJADUAL dan bukan SEWA KHAS

2. Penerbangan TRANSIT dan mendarat di MADINAH

3. Bilangan ahli kumpulan yang sedikit (Maksimum 30-35 orang)

4. Pemilihan Tour Leader dan Muthawif yang berpengalaman serta berpengetahuan luas

5. Pemilihan lokasi Hotel yang jarak tidak melebihi 300meter

o   Madinah      : Hotel Elaf Taiba (50 – 80 meter dari Masjidil Nabawi)

o   Makkah       : Hotel Hilton Tower (30 – 50 meter dari Masjidil Haram)

                                : Hotel Hajar Movenpick (30 – 50 meter dari Masjidil Haram)

                                : Hotel Saraya Iman (280 – 300 meter dari Masjidil Haram)

6. BIMBINGAN Intensif pelaksanaan Umrah oleh Muthawif sebanyak 3 kali (Bir Ali, Ja’aranah, Hudaibiah)

7. Cenderahati ISTIMEWA daripada POTO Travel & Tours Sdn Bhd

*Harga tertakluk kepada perubahan dan tempat kosong serta mesti dimaklumkan semasa membuat penempahan.

Syarat Penempahan :

1. Promosi ini tidak sah dengan mana-mana promosi yang lain

2. Pihak POTO Travel berhak meminda terma & syarat tanpa notis

3. Sebarang naiktaraf atau permintaan perlu dilakukan semasa membuat penempahan

`Early Bird Promo`
Transit di Abu Dhabi & Mendarat di MADINAH

 Hari 01 : Kuala Lumpur

  • Para jemaah dinasihatkan supaya berada di KLIA sekurang- kurangnya 3 jam sebelum berlepas.  
  • Pesawat akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi.
  • Transit di Abu Dhabi sekitar (2 Jam) sebelum meneruskan penerbangan ke Madinah.

 Hari 02 : Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Madinah

  • Setibanya di Madinah, jemaah akan disambut oleh wakil kami yang bertugas disana untuk daftar masuk hotel dan berehat. Aturcara bebas, para jemaah boleh menziarahi Makam Rasulullah S.A.W dan sahabat serta Raudhah di dalam Masjid Nabawi, seterusnya menziarahi perkuburan Baqi' yang juga berhampiran dengan Masjid Nabawi. 

Hari 03 : Madinah

  • Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa menziarahi tempat- tempat bersejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba,masjid yang didirikan diatas dasar taqwa,Nabi pernah bersabda “barang siapa yang berwudhuk di kediamannya dan kemudian ia berkunjung ke masjid Quba lalu ia bersolat sunat maka dapatlah ia pahala sepertimana
    ia menunaikan Umrah”.
  • Kemudian ke Bukit Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud yang sungguh dahsyat sehingga mengorbankan 70 para sahabat termasuk bapa saudara Nabi, Saidina Hamzah, Masjid Qiblatain, masjid dua kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah.
  • Masjid Khomsah,khomsa bererti lima, bersempena lima sahabat Nabi,
    pada asalnya ia merupakan benteng-benteng pertahanan semasa peperangan Khandaq dan akhirnya ke Ladang Tamar. Di sini tempat yang baik untuk membeli buah tamar yang segar.

 Hari 04 : Madinah - Makkah

  • Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Madinah. Jemaah disunatkan agar menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W untuk ziarah selamat tinggal.
  • Seterusnya kembali ke hotel, bersiap untuk berangkat ke Makkah.
  • Jemaah diingatkan agar memakai pakaian Ihram dan diwajibkan berniat Ihram Umrah di Bir Ali.
  • Sebaik tiba di Makkah, para jemaah akan dibawa oleh mutawif untuk menyelesaikan kerja-kerja Ibadat Umrah.

 Hari 05: Makkah

  • Aturcara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah.

 Hari 06: Makkah

  • Hari ini jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur dipuncaknya terdapat sebuah gua tempat persembunyian Nabi Muhammad bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah ke Madinah, Padang Arafah tempat wukuf bagi jemaah haji.
  • Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Siti Hawa.
  • Muzdalifah tempat jemaah haji mengutip anak batu. Mina tempat bermalam bagi jemaah haji.
  • Jabal Nur, sebuah bukit yang terdapat diatasnya Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama didunia iaitu surah Al Alaq dan akhirnya terus ke Ja’aranah untuk berniat Umrah.
  • Acara bebas.

Hari 07 : Makkah

  • Aturcara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah.

 Hari 08: Makkah

  • Pada hari ini jemaah akan dibawa ke tempat Miqat Umrah yang terakhir iaitu di Hudaibiah untuk berniat Ihram Umrah bagi yang ingin mengerjakan Umrah.
  • Aturcara bebas.

 Hari 09: Makkah

  • Atucara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah

 Hari 10: Makkah-Jeddah-Abu Dhabi

  • Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Makkah.
  • Jemaah diwajibkan mengerjakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Makkah.
  • Seterusnya bertolak ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Abu Dhabi.

 Hari 11: Abu Dhabi-Kuala Lumpur

  • InsyaAllah jemaah selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Selesailah Ibadat Umrah Tuan/Puan bersama POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD. Semoga para jemaah sekalian mendapat umrah yang mabrur. AMIN
 

Jadual Penerbangan (Etihad Airways)

Penerbangan Tarikh Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa
Berlepas 11 Nov Kuala Lumpur Abu Dhabi EY 411 1920 - 2300
Berlepas 12 Nov Abu Dhabi Madinah EY 345 0200 - 0350
Pulang 20 Nov Jeddah Abu Dhabi EY 312 1725 - 2100
Pulang 20 Nov Abu Dhabi Kuala Lumpur EY 418 2245 - #1000

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis  

Senarai Pakej

Dewasa Kanak-kanak
Bilik Berempat Bilik Bertiga Bilik Berdua Bilik Seorang Berkatil Tidak Berkatil
Pakej Biasa (FB)
`Early Bird Promo`
RM 6,820
RM 7,020
RM 7,140
RM 7,390
RM 7,780
RM 8,090
RM 10,470
RM 10,990
RM 6,750
RM 6,980
RM 4,780
Pakej 'Upgrade' (HB)
`Early Bird Promo`
RM 8,450
RM 8,590
RM 9,020
RM 9,220
RM 10,160
RM 10,390
RM 15,570
RM 15,960
RM 8,290
RM 8,350
RM 4,780
Pakej 'Upgrade' (FB)
`Early Bird Promo`
RM 10,380
RM 10,650
RM 10,460
RM 10,790
RM 11,450
RM 11,830
RM 18,110
RM 18,750
RM 10,050
RM 10,370
RM 4,780


Penginapan Hotel

Hotel Madinah Makkah
Pakej Biasa (FB)
`Early Bird Promo`
Elaf Taiba @ setaraf (+- 80 meter) Al-Saraya Iman @ setaraf
(+-280 meter)
Pakej 'Upgrade' (HB)
`Early Bird Promo`
Elaf Taiba @ setaraf (+- 80 meter) 'UPGRADE'  Hilton Towers @ setaraf
(+- 50 meter)
Pakej 'Upgrade' (FB)
`Early Bird Promo`
Elaf Taiba @ setaraf (+- 80 meter) 'UPGRADE'  Movenpick Hajar Tower @ setaraf
(+- 50 meter)

 

   HARGA TERMASUK

   HARGA TAK TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Abu Dhabi -
    Madinah / Jeddah - Abu Dhabi - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 / 4 bintang
    Madinah : Elaf Taiba @ setaraf (+- 80 meter)
    Makkah : Saraya Iman @ setaraf (+- 280 meter)
    Makkah HB : 'UPGRADE' Hilton Towers @ setaraf (+- 50 meter)
    Makkah FB : 'UPGRADE' Movenpick Hajar Tower @ setaraf (+- 50 meter)
  • Lawatan seperti didalam aturcara
  • Makan 3x sehari bagi Pakej Biasa & Upgrade Hotel Makkah - FB
  • Sarapan pagi di Makkah bagi Pakej Upgrade Hotel Makkah - HB
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
  • Pengurusan Visa Umrah
  • Insurans takaful berkelompok
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Makan tengahari & makan malam di Makkah - Pakej Makkah BB
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi. - Peserta amat digalakkan untuk
    mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer
    Service’ untuk maklumat lanjut.

  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 8 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport setelah tempahan disahkan.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: