03 9200 6640

Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
Sabtu (9:00 Pagi - 1:00 Ptg) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

IKUT KAMI MELANCONG

100% BUMIPUTERA & PAKEJ MUSLIM
Penjagaan Waktu Solat. Profesional, Berdedikasi & Bertanggungjawab
Promosi Istimewa Warga Emas

 
  
Budaya Bandar Alam Semulajadi
 
8H 6M BEIJING HOHHOT (INNER MONGOLIA)
ISTIMEWA AIDIL ADHA
30 Ogos 2017
 

DISKAUN PENGHARGAAN

1. Diskaun tambahan istimewa

  • Eropah / Amerika / Afrika / Australasia = Diskaun RM200 seorang
  • Timur Tengah / Asia Selatan/ Asia Timur = Diskaun RM150 seorang
  • Asia Tenggara = Diskaun RM70 seorang

2. Hadiah Misteri

3. Sambutan istimewa di destinasi terpilih

Pakej Penghargaan :

1. Hari Setiausaha 26 Apr

2. Hari Jururawat 12 Mei

3. Hari Ibu 14 Mei

4. Hari Guru 16 Mei

5. Hari Pahlawan 31 Julai

6. Pelanggan setia** (sudah melancong melebihi 3 kali bersama POTO Travel)

 

Syarat Penempahan :

1. Promosi ini tidak sah digabungkan dengan mana-mana promosi yang lain

2. Promosi ini sah untuk pelanggan yang memegang profession tersebut sahaja (perlu kemukan bukti) dan juga sah terhadap keluarga langsung sahaja (suami / isteri / anak / ibu / bapa / adik-beradik)

3. Promosi ini turut sah kepada pesara profesion tersebut selagi pelanggan tersebut boleh membuktikan profesion terdahulunya (sebagai contoh : Kad Pesara)

4. Pihak POTO Travel berhak meminda terma & syarat tanpa notis

5. Promosi ini hanya sah sehingga 19 Mac 2017 sahaja.

6. **Hanya pelanggan yang pernah melancong bersama POTO Travel melebihi 3 kali sahaja layak untuk mendapatkan diskaun istimewa ini. Pelanggan perlu menamakan pakej-pakej yang pernah mereka pergi untuk rujukan.

 

HARI RAYA QURBAN DI BEIJING HOHHOT (INNER MONGOLIA) 8 HARI 6 MALAM (ALL IN FULLBOARD)

Hari 01 : Kuala Lumpur - Hong Kong - Beijing

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing 
  • Transit di Hong Kong dan meneruskan penerbangan ke Beijing
  • Selamat tiba di Beijing
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Beijing

Hari 02 : Beijing - Hohhot (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat Tiananmen Square : dataran terbesar di dunia dan juga merupakan sempadan Great Hall of the People
  • Berkunjung ke Forbidden City: merupakan istana diraja semasa dinasti Ming sehingga berakhirnya dinasti Qing
  • Makan tengahari sebelum berhenti solat di Niujie Mosque
  • Membeli-belah di Muslim Super Market: terdapat pelbagai barangan makanan halal dijual
  • Makan malam 
  • Menaiki kereta api bermalam ke Hohhot iaitu sebuah kawasan pendalaman Mongolia
    • Kabin adalah berdasarkan bilik berdua walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kekosongan. Sekiranya tiada kekosongan, kabin adalah bedasarkan bilik berempat

Hari 03 : Hohhot - Xilamuren Glassland (SP/MT/MM)

  • Tiba di Hohhot 
  • Sarapan pagi dan daftar masuk hotel 
    • Daftar masuk awal di hotel adalah tertakluk kepada kekosongan bilik hotel. Waktu daftar masuk normal ialah pada jam 1400pm.
  • Menziarahi Great Mosque atau dikenali sebagai Hohhot Mosque yang merupakan masjid terbesar dan tertua antara 8 buah masjid di Hohhot.
  • Makan tengahari
  • Melawat Xilamuren Grassland yang merupakan salah satu tempat wajib dilawati di pendalaman Mongolia dan merasai pengalaman kehidupan masyarakat tempatan di Grassland
  • Makan malam 
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Hohhot

Hari 04 : Hohhot  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Menunaikan solat Aidil Adha di masjid tempatan di Hohhot dan berpeluang menunaikan ibadah qurban bersama masyarakat tempatan.
    • Peserta berpeluang menunaikan ibadah qurban di Hohhot dengan kos tambahan seekor kambing biri-biri sebanyak RMB 2150 tertakluk kepada harga pasaran semasa.
  • Menziarahi perkampungan masyarakat muslim di Hohhot.
  • Makan tengahari
  • Berpeluang membeli belah di Muslim Street.
  • Makan malam 
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Hohhot

Hari 05 : Hohhot - Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Menaiki kereta api laju menuju ke Beijing
  • Tiba di Beijing dan makan tengahari
  • Berkunjung ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming
  • Melawat Silk Show Room: dapat melihat proses buatan sutera dan membeli barangan hasil sutera yang berkualiti 
  • Membeli-belah di Jewellery Shop
  • Berhenti bergambar di Olympic Village dan  Bird`s Nest Stadium dan Water Cube : pernah menjadi tuan rumah Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik bagi tahun 2008
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Beijing

Hari 06 : Beijing (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Melawat Great Wall of China : kubu pertahanan pertama yang dibina oleh banduan dan kerahan tenaga semasa pemerintahan Dinasti Ming
  • Makan tengahari
  • Dibawa ke Celestial Negetive Ion Experience Centre 
  • Membeli - belah di Jade Centre
  • Membeli-belah di Wanfujing Street
  • Makan malam 
  • Bermalam di Beijing

Hari 07 : Beijing - Hong Kong - Kuala Lumpur (SP)

  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel
  • Peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
  • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Transit di Hong Kong
  • Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual Penerbangan (Cathay Pacific)

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Penerbangan Masa
Pergi 01 Kuala Lumpur Hong Kong KA 732 1325 - 1725
Pergi 01 Hong Kong Beijing KA 906 1900 - 2230
Balik 07 Beijing Hong Kong CX 391 1330 - 1720
Balik 07 Hong Kong Kuala Lumpur KA 727 2020 - 0010

Jadual perjalanan keretapi Beijing Hohhot - Sleeping Train & Hohhot Beijing - High Speed Train

  Hari Perlepasan Ketibaan No. Train Masa
Pergi 03 Beijing Hohhot K89 2213 - 0720
Balik 06 Hohhot Beijing Z316 0800 - 1426

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis awal & sila hubungi pihak `Customer Service` untuk maklumat penerbangan.

** Hari 03 : Kabin adalah berdasarkan bilik berdua walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kekosongan. Sekiranya tiada kekosongan, kabin adalah bedasarkan bilik berempat.

                       Warga Emas  Dewasa Kanak-Kanak
  Bilik Seorang Bilik Berdua Bilik Seorang Bilik Berdua Child Twin Berkatil Tanpa Katil
Harga Normal RM 4,385 RM 3,846 RM 4,435 RM 3,896 RM 3,676 RM 3,596 RM 3,296
Promosi APR-AUG 2017  RM4,138 RM 3,599 RM 4,188 RM 3,649 RM 3,429 RM 3,349 RM 3,049

*  Harga tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis

***Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada tab ‘Nota Penting’ untuk mendapatkan maklumat penuh perlepasan.

 

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa
  • Pakej ini termasuk 6`Government shop` yang wajib dikunjungi iaitu: Silk Show room, Chinese Medicine Centre, Jade Centre, Tea house, Jewelry Shop dan Bamboo Charcoal Shop
  • Peserta perlu meluangkan masa minima 45 minit di setiap `government shop`.
  • Kemudahan cerek elektrik disediakan di hotel. Manakala seterika disediakan atas permintaan..
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (`Blacklist`: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

 
CETAK   TEMPAH
 

   HARGA TERMASUK


  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Hong Kong - Beijing - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Tiket keretapi (sleeping train)  dari Beijing ke Hohhot
  • Tiket Keretapi laju (high speed train) dari Hohot ke Beijing
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong
 

   HARGA TAK TERMASUK


  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi `Customer Service` untuk maklumat lanjut.
 

   GALERI FOTO

 
 
CETAK   TEMPAH
 
   .
     
 
 
 
 
Ikut Kami Di: