Guestbook | Gallery | Site map | Login | 11 active visitors
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 

 

Korea - Saigon
Pakej Seoul, Nami Island & Saigon, Vietnam.
( 6H / 4M )




Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :   
Last Update: 6 Ogos 2010


HARI Pertama   KUALA LUMPUR / SAIGON / SEOUL
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Saigon, Vietnam. Tiba di Saigon berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Korea.

HARI Kedua INCHEON / SEOUL  ( MT/MM )
Sampai di Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan dimulakan ke Istana Kyongbok Selepas itu melalui ‘Blue House’ -tempat kediaman Presiden. Makan tengahari di Itawon – HALAL. Check-in hotel. Sebelah petang anda akan dibawa ke ‘National Ginseng Outlet’, ‘Amethyst Factory’ Makan malam – Halal. Balik ke hotel di sebelah malam.

HARI Ketiga
NAMI ISLAND / MASJID (SP/MT/MM)
Selepas bersarapan pagi, peserta akan dibawa ke Chuncheon Myendong street. Kemudian berangkat ke Nami Island. Lawatan di Nami Island yang menjadi tempat pengambaran filem ‘winter sonata’. Makan tengahari – vege food. Kembali ke Seoul. Lawatan ke Masjid Seoul & makan malam-Halal. Kembali ke hotel.
 
 HARI Keempat EVERLAND (SP/MM)
Setelah bersarapan, berangkat ke Everland. Everland merupakan taman thema yang tercantik di Korea. Ianya seakan-akan movie world di Gold Coast, Australia. Tiada makan tengahari disediakan. Sebelah petang kembali ke Seoul. Anda akan dibawa membeli belah di pasar terkenal di Korea iaitu ‘Namdaemun Market’ Makan malam – Halal. Kembali ke hotel.

HARI Kelima SEOUL / SAIGON (SP/MT/MM)
Awal pagi, berangkat ke airport untuk penerbangan ke Saigon. Sarapan pagi dan last-minute shopping. Sampai di Saigon, check in hotel. Selepas itu membeli belah di Ben Than market. Makan malam dan kembali ke hotel. Bermalam di Saigon.

 Hari Keenam SAIGON / KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, aturcara bebas untuk shopping di sekitar Saigon. Selepas makan tengahari, berangkat ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.



Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

Dewasa                                 
RM 3,399.00 Bilik Berdua    

Warga Emas
RM 3,300.00 


Kanak-kanak
RM 2,766.00   Berkatil              
RM 2,413.00   Tanpa katil         


Jadual & Tarikh penerbangan :
 30 Sept, 12, 14, 19, 21, 26, 28 Oct 2010

KUL / SGN     VN758             2020    2120
SGN / ICN      VN938             2350    0630
ICN / SGN      VN939             1015    1350
SGN / KUL     VN759             1630    1920

 

  1. Fuel charges berdasarkan kadar terkini. Sebarang kenaikan akan ditanggung oleh penumpang.
  2. Semasa berada di luar Bandar Seoul, tiada restoran muslim oleh itu hanya makanan vegetarian & seafood disediakan.
  3. Semasa di Taman Tema tiada makan disediakan kerana aktiviti bebas.
  4. Peserta dikehendaki menyerahkan salinan passport 2 minggu sebelum tarikh berlepas.


PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 25 hari sebelum berlepas. 
  2. Semua pendaftaran akan terbatal jika tiada deposit dibuat dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
  3. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD

# Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan. Kenaikan harga tiket kapal terbang akan ditanggung oleh peserta walaupun telah membayar deposit.


Harga Termasuk:

* Tiket penerbangan kelas ekonomi dari KLIA
* Penginapan di hotel 3 Bintang (2 orang sebilik)
* Airport tax di Saigon & Seoul
* Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan.
* Makanan HALAL di Seoul & Saigon
* Tipping
* Fuel Charges


Harga TIDAK termasuk:
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel/tempat-tempat lawatan.

Peringatan: